Bermulanya bulan September bermakna bermulalah jugak kehidupanku yg baru.. Pada 31 Ogos perjalanan hidupku mula berubah sedikit demi sedikit.. 1 Sept aku telah menjejakkan kaki di bumi Hang Tuah, mendaftarkan diri sbg penuntut ilmu di salah sebuah IPT. Keluarga tercinta,tanpa setitis air mata dariku, kami berpisah. Bagiku berpisah jarak tidak begitu sakit. Setahun yg lalu aku telah melatih jiwaku utk lebih kuat tanpa keluarga di sisi. Setahun yg lalu, jarak bukan penghalang utk aku bertemu mereka. Hampir setiap hujung minggu ayah atau kakak yg akan menjemput sekiranya aku ingin pulang ke rumah. Ketika itu setiap hujung minggu aku nantikan. Begitu seronok sekali apabila aku dpt pulang dan dpt merasa air tangan ibuku. Tapi kini, jarak yg begitu jauh kami berpisah. Inikah permulaan perpisahan aku dgn mereka? Dengan sedikit kekuatan jiwa yg Allah pinjamkan, aku cuba utk tidak menitiskan air mata rindu setelah 2 minggu membina dinding ketabahan tanpa ada yg membantu.
Kini, aku hanya bergantung harap kepada Sang Pencipta dan Pemilik Alam, Allahu Robbi. Hanya kepadaNya aku meluahkan isi hatiku tanpa rasa ragu. Hanya kepadaNya aku menadah tangan meminta pertolongan dan perlindungan.
Harapanku, semoga ketabahan dan kekuatan yg dipinjamkan tidak akan hilang dalam jiwaku.
Bersabar dan tabahkan hati utk mencapai keredhaanNya
*CARI, SEBAR, & AMALKAN ILMU ALLAH
Salamun'alayk...
No comments:
Post a Comment