Sunday, 9 December 2012

Hujan Bakal Menimpa Bumi Ini...


Assalamualiakum.... 


dah hampir sebulan tiada post baru... bukan apa.. student la katakan.. busy la banyak. x sikit ok. x tipu ok..
Actually, banyak jugak la cerita yg tertangguh utk dikongsi..

Bukan malas okkkk... In Shaa Allah... kita cuma x sempat je.. banyak terima task la, assignment la, projek tu la, last but not least, test.. T.T
semuanya nak kena hantar & buat dlm minggu yg sama. jadi, masanya lebih banyak terluang dgn buku...............................dan mukabuku... ngheeeeeee.... :P


jadi makanya...... doakan sy hamba-Nya yg lemah ni utk terus berjuang dlm mencari ilmu Sang Pencipta yg sgt luas..





nie la nasi lemak Kg. Morten, dekat dgn river cruise Taman Rempah, Melaka




Apa motif letak gambar ni?? ==??
motif band nya ialah... JENG JENG JENG!!!
ni makanan yg paling saya suka setelah 3 bulan berada di Melaka ni. sesiapa yg datang ke Melaka cubalah try kat dlm KG. MORTEN. gerai nasi lemak nilah yg paling menarik perhatian kita..

nasi lemak biasa (sambal+rendang kerang+telur dadar+sayur kangkung+kacang goreng+ikan bilis) = RM2.50 sahaja. seperti yg tertera dlm gambar..
nasi lemak special boleh pilih nak letak ayam goreng special ataupun rendang ayam = RM4.00 sahaja..
x sempat nak ambil gambar..
sudah la sedap, harga murah dan berpatutan pula tu.. cuba jgn tak cuba.. dan selamat mencuba..:P


jadi makanya, sampai di sini saja. masa sgt mencemburui kita... tu saja yg mampu tulis setelah otak diperah dan di-blend hingga hancur...

hingga kita diberi ilham lagi utk dikongsi... In Shaa Allah..



*saya x tahu kenapa ayat saya dlm post nie sgt skema ayam goreng berempah..
*title tiada kena-mengena dgn post.. hehehe..

menaip ketika cuaca mendung hujan nak turun..
(09122012 / 1640)


Assalamualaikum w.b.t.
Barokallahu lakum... :)


Monday, 19 November 2012

mereka yg bersama.. :)


Assalamualaikum w.b.t....


Kala ini hatiku diwarnai pelbagai rasa,

mulanya suka gembira,

kemudiannya bosan membara,

Alhamdulillah tiada duka lara.



ewah.. pantun ke sajak tu? snediri taip sendiri confuse.. hehe..

Dah 2 bulan lebih sy berada di bumi Hang Tuah nie.. Dah mcm2 jugak la memori dan kenangan yg tercipta..
bersama housemate and roomate mmg dah banyak..


limau ais, fresh orange, limau ais: air wajib nie




6 org je housemate sy dlm pic nie. yg lg 2 org at the back tu x kenal pun


kegembiraan dirasai di Pirate Park!!
(yg tiada dlm gmbr: sy, tira mira and atyn hain)



x tau apa yg dirong cuba lakukan.. =='
mula kenal diorang nie tak sangka pulak suka bergambar.. once sy keluarkan hp buruk yg berkamera tu boleh pecah screen kerana mereka.. setakat nie tak pecah lagi la.. hehe.. dlm rumah kami ada umur 20 dan 19 . dan sy paling muda yg tua.. ok, yg atas nie semua serba sedikit tentang housemate roomate sy yg gila2 tapi sgt sopan2.

lets move on to introduce my classmate.. hehehe sepeking pulak..

pelakon2 yg sgt sporting

semua classmate yg menjayakan malam induction
nie semua yg terlibat dlm pentonim hospital gila.. ;)

mlm tu kelas kitorang menang persembahan terbaik.. ulang menaip MENANG PERSEMBAHAN TERBAIK!!! (adeh terbesar lak saiz font nie)
~lalalalala~~~
memang rasa dihargai sebabnya penat berlatih.. sampai ada yg terkecik hati la, termakan hati la... mcm2 perangai dan ragam kawan2 sy nie terkeluar.. memang sweet moment la..
nie baru part 1.. dah macam2 sweet moment yg tercipta.. 3 tahun weh nak bersama dgn diorang nie... mesti ada lagi yg very-very the sweet one memory.. hohoho.. =='

tetiba kepala otak nie dh x tau nak keluarkan idea for story... huhu..

overall, (sy TERover) diorang2 yg terlibat dlm hidup sy kala ini sgt lah membantu mngurangkan kebosanan di hati... mereka2 nie telah menyebabkan sy mengalami insomnia.. hahaha.. kidding..

fyi, saya sangat sayangkan mereka yg berada disekeliling saya.. <3 <3

sekian... terima kasih.. :P


with love, <3
cik siti...

Salamun 'alaiyk... :D

Friday, 14 September 2012

Hati & Jiwa Ku...

Assalamualaikum...

Bermulanya bulan September bermakna bermulalah jugak kehidupanku yg baru.. Pada 31 Ogos perjalanan hidupku mula berubah sedikit demi sedikit..  1 Sept  aku telah menjejakkan kaki di bumi Hang Tuah, mendaftarkan diri sbg penuntut ilmu di salah sebuah IPT. Keluarga tercinta,tanpa setitis air mata dariku, kami berpisah. Bagiku berpisah jarak tidak begitu sakit. Setahun yg lalu aku telah melatih jiwaku utk lebih kuat tanpa keluarga di sisi. Setahun yg lalu, jarak bukan penghalang utk aku bertemu mereka. Hampir setiap hujung minggu ayah atau kakak yg akan menjemput sekiranya aku ingin pulang ke rumah. Ketika itu setiap hujung minggu aku nantikan. Begitu seronok sekali apabila aku dpt pulang dan dpt merasa air tangan ibuku. Tapi kini, jarak yg begitu jauh kami berpisah. Inikah permulaan perpisahan aku dgn mereka? Dengan sedikit kekuatan jiwa yg Allah pinjamkan, aku cuba utk tidak menitiskan air mata rindu setelah 2 minggu membina dinding ketabahan tanpa ada yg membantu. 

Kini, aku hanya bergantung harap kepada Sang Pencipta dan Pemilik Alam, Allahu Robbi. Hanya kepadaNya aku meluahkan isi hatiku tanpa rasa ragu. Hanya kepadaNya aku menadah tangan meminta pertolongan dan perlindungan. 

Harapanku, semoga ketabahan dan kekuatan yg dipinjamkan tidak akan hilang dalam jiwaku. 



Bersabar dan tabahkan hati utk mencapai keredhaanNya


*CARI, SEBAR, & AMALKAN ILMU ALLAH

Salamun'alayk...



Tuesday, 21 August 2012

For The 1st Time...

hohoho at last... 

akhirnya dah boleh tulis kat blog sendiri... hehehe.. nak cewi sat.. nak selongkar benda nie puas2... :) 

sy sgt rajin menulis ok plus suka menulis jugak... dulu tulis atas kertas tapi takda sapa baca pun... sekarang nak tulis kat sini pulak..
apa yg bakal di update, insya Allah ia adalah satu perkongsian ilmu, perjalanan hidup seorang yg tengah belajar mengenal dunia, persahabatan fissabilillah, & last but not least perkongsian makanan dan tempat yg bessssst.. (sy suka makan, masak, & berjalan) 

well, sharing is caring kan.. but bukan suma benda boleh share dgn org tapi tapiii tapiiiiiii suma benda kita boleh share dgn Allah... great kan....? sebagai intro meh nak share serba sedikit diri ini.. 
1. ceq mai dari KEDAH
2. suka bulan JANUARY
3.adik-beradik 4 org ja tapi sepupu sepapat 40 org ja
4. sangat sukakan alam.. lebih tepat bunga yg cantik2 tu, pokok yg hijau2 tu, sungai yg jernih nmpk anak ikan tu, hujan yg renyai2 tu, bulan yg purnama penuh dgn yg tak penuh tu, tasik yg tenang2 tu, ombak yg berbuih-buih tu, hutan yg tebal2 tu pun suka.. ^_^
5. suka novel melayu.. normal ok for a girl as well as woman
6. berjalan & bermusafir memang satu kegemaranku
7. Alhamdulillah setakat ni punyai
persahabatan yg tak pernah dikhianati.. @_@
8. ok dah habis nak share..

apa?? itu je?? eh eh ya la dah bgtau sikit je nak share, tu je la..

so, jadi, silalah please tunjuk ajarku sifu.. feel free nak komen yg sedap2 dibaca dan membina ke arah yg lebih baik.. maki hamun tak diterima ok.. :P kidding..





tu je yg terlintas kat otak time2 waktu macam nie..  

*silalah jemput-jemput cekodok pisang.. next time senang2 mai singgah dulu kat hati ceq naa...

salamun'alayk..